Saturday, May 30, 2009

McDonald's Olympic Day Run 2009

Hello McFamily!!!

Olympic Day Run 2009 coming again!!

The Event will be held at this date,time and venue :-
Date : 12 July 2009
Time : 7.00am
Venue : Dataran Merdeka,KL

Term and Conditions Apply.

Please Click the link below for Download the Entry Form :-
http://www.mcdonalds.com.my/fitnessfun/odr2009_entry.pdf

For more details,visit our website :-
http://www.mcdonalds.com.my/highlights/odr2009.asp

Thank you!!

Monday, May 18, 2009

McValue Lunch Available for McDelivery until 31st May 2009 only - Hurry Up!!!



Hello everybody!!!

Hurry Up!!!

McValue Lunch NOW EVERYDAY from 12 noon to 3pm NOW AVAILABLE FOR MCDELIVERY UNTIL 31ST MAY 2009 ONLY!!!

Call 1300-13-1300.No minimum order.

Thursday, May 14, 2009

McDonald's Malaysia diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 Majikan Terbaik di Malaysia tahun 2009


Kepada semua warga McFamily yang dihargai,

McDONALD’S telah diiktiraf sebagai salah satu daripada
10 MAJIKAN TERBAIK HEWITT DI MALAYSIA UNTUK TAHUN 2009

Buat julung kalinya, McDonald’s Malaysia telah terpilih sebagai salah satu daripada 10 pemenang anugerah Majikan Terbaik Hewitt 2009 – penghormatan berprestij yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang menjalankan amalan sumber manusia yang cemerlang. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua di atas kejayaan ini. Sesungguhnya, ia dicapai hasil daripada semangat, usaha, komitmen dan dedikasi anda. Apa yang lebih membanggakan adalah McDonald’s merupakan satu-satunya QSR yang berjaya meraih anugerah ini.

Seperti yang pernah disebut oleh Ray Kroc, "Jagalah para pekerja anda, dan perniagaan anda akan terjaga dengan sendirinya" – begitulah kata-kata emas daripada pengasas gerbang emas Golden Arches.

Sekali lagi, syabas kepada anda semua di atas pencapaian yang cemerlang ini. Marilah kita raikan kejayaan ini bersama-sama. Sesungguhnya, saya berasa amat bangga kerana berada di dalam pasukan pemenang ini! Terima kasih di atas sokongan anda dan semoga kita terus berjaya.

Dengan tulus ikhlas,
Azmir Jaafar
Pengarah Urusan, McDonald’s Malaysia

Message from Managing Director,Azmir Jaafar

McDonald's Malaysia won the Reader's Digest Trusted Brands Gold Award

Dear McFamily,

McDonald's Malaysia has been named as a winner of the Reader's Digest Trusted Brands Gold Award for the Family Restaurant category. Selection of winners is based solely on thousands of consumer votes gathered across the country, and analyzed independently by Nielsen Research for accuracy and integrity.

On behalf of our 8,000 employees, our Managing Director, Azmir Jaafar received the Award at a special ceremony held on May 5. It was a very proud McDonald's moment.

Congratulations everyone! We couldn't have won if not for your passion and commitment that puts the shine on the Golden Arches.

Please note that we have been given 500 complimentary copies of the Reader's Digest May issue. We will send out two copies to each restaurant, and the rest of the copies will be distributed to the Head Office employees, to commemorate this wonderful achievement.

Thanks and warm regards,
Fartini Zaharuddin
Corporate Communications Department
Tel No: 7843-3388 ext. 3236Fax No.: 7843-3389

Good Job everyone!!!!
Message credit to CCD Department.

Wednesday, May 13, 2009

McDonald's Sponsor in Nadia AF6 Birthday Bash Concert - Article in Berita Harian 12 May 2009

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my




Nadia akui perjalanannya dalam bidang seni bukan laluan mudah

ENTAH di mana silapnya, rezeki finalis Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nadia Haswani Hasnan atau Nadia untuk menyinar bagaikan belum ada. Belum cukup diuji dengan perihal itu, dia hampir hilang arah gara-gara penutupan syarikat Maestro Talent Management Sdn Bhd 1 April lalu.

Tipulah kalau gadis genit ini berkata apa yang terjadi itu tidak memberi kesan kepadanya. Ditambah pula dengan kegawatan ekonomi yang melanda dunia, ia pasti menjadi cabaran hebat buat sesiapapun untuk memastikan ‘dapur terus berasap’.

Namun, pada bulan itu yakni pada tanggal 14 April juga dia meningkat usia menjadi 19 tahun. Tidak mahu terus larut dengan pelbagai masalah yang datang tanpa diduga, anak kepada Hasnan Yusof dan Jamaayah Sulong ini tidak boleh terus menyerah kalah. Dia tetap tegar berjuang untuk memastikan impiannya menjadi realiti.

Malah, selepas perbincangan dengan Astro Entertainment Sdn Bhd, Nadia kini sudah bebas dan tidak mempunyai ikatan dengan syarikat itu lagi. Selesa bergerak sendiri, Nadia sedar langkahnya ke depan bukanlah semudah yang disangka.

“Rentetan penutupan Maestro, resah gundah juga hati ini pada mulanya. Bayangkan dulu semua jadual kerjaya diatur rapi, namun sekarang semuanya sudah berubah. Apa saja yang ingin dilakukan perlu atas tapak kaki sendiri. Bagaimanapun, Nadia yakin setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah terselindung.

Ia banyak mengajar Nadia mengenai kehidupan, bahkan mematangkan Nadia daripada pelbagai sudut. Malahan, dengan sokongan keluarga, peminat dan syarikat Nadia Cribs Entertainment, Nadia ambil sebagai kekuatan melayari masa mendatang.

Nadia tahu ada yang nampak begitu kebal dinding di luar sana daripada membiarkan Nadia terus menyerlah. Semuanya bukan kehendak Nadia, ia umpama dugaan yang harus Nadia harungi untuk meyakinkan orang bahawa Nadia mampu membuat yang terbaik. Nadia tak boleh berputus asa dan kena bijak mencari peluang yang ada,” katanya yang terikat dengan persembahan konsert Jelajah Orkestra Simfoni Remaja bersama Istana Budaya mulai minggu lalu membabitkan beberapa lokasi seperti Perak, Pahang dan Johor.

Mengidam untuk memiliki album sendiri, Nadia memberitahu ada beberapa syarikat rakaman yang berminat untuk melamarnya. Bagaimanapun semuanya masih belum ada kata putus dan Nadia tidak terlalu mengharap.

“Kita tunggu sajalah perkembangannya nanti. Kalau ada rezeki Nadia dengan mana-mana syarikat rakaman, Nadia tak akan menolak. Kalau pun tak mampu muncul dengan album penuh, Nadia berhasrat nak menghasilkan single dan sedang mencari komposer untuk membikinnya.


Apa pun yang bakal dirancang sekarang, Nadia kena beringat. Setakat ini adalah wang simpanan sepanjang Nadia menyanyi yang boleh digunakan untuk mencari lagu single. Selain itu, keperluan keluarga pun harus Nadia utamakan memikul tanggung jawab sebagai anak sulung,” katanya yang pernah menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem Histeria.

Sementara itu, satu majlis sambutan hari lahir Nadia diadakan pada 3 Mei lalu di sebuah kelab di Taman Melawati. Ia dianjurkan Nadia Cribs Entertainment dan Nadia Fan Club. Majlis itu turut mendapat tajaan McDonalds dan Berita Publishing.

“Biarpun disambut lewat pada tarikh asalnya, Nadia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada yang bersusah payah memastikan majlis itu berjalan lancar dan jayanya. Tak dilupakan kepada pihak menaja yang sudi menaja dan peminat serta rakan wartawan yang sudi hadir memeriahkan suasana.

“Sepatutnya majlis ini dirancang pada bulan lalu, namun atas beberapa masalah, ia ditangguh hingga ke bulan ini. Sambutan ini adalah yang kali pertama diraikan bersama kelab peminat Nadia,” katanya yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan terbabit dalam sebuah sitkom untuk siaran RTM berjudul Angguk Angguk Geleng Geleng.

Pada majlis itu, Nadia turut memberikan persembahan bertenaga diiringi bandnya menerusi tujuh buah lagu Total Eclipse of The Heart, Entersand Man, Pelesit Kota, So What, Heaven & Hell, Sweet Child of Mine dan Kalut Lagi Mengarut (Nadia).

Kumpulan indie Broken Riffs antara kenalan Nadia yang turut meluangkan masa memberikan persembahan pembukaan sebelum majlis berlangsung.

INFO: Nadia

# Dilahirkan pada 14 April 1990

# Pernah digosipkan bercinta dengan Riz AF6

# Teringin berduet dengan Hattan kerana melihat penyanyi itu sebagai ikon rock unggul.

# Meminati genre muzik rock dan lagu rancak.

# Kerap memenangi pertandingan karaoke yang disertainya seperti Karaoke Alam Sentral, Kelab Orange, La Lacos Pub dan All Star Corner.

# Pernah berduet dengan sebuah kumpulan dari Indonesia dipanggil Red Peanut menerusi lagu nukilan Eddie Hamid dan lirik oleh Fedtri Yahya berjudul Dia Aku Dan Kamu. Malah atas undangan RMZ Showbiz, Nadia turut membuat persembahan konsert mini di Indonesia Mac lalu.

Click the link for more information :-
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20090512063950/Article/

Sunday, May 10, 2009

Crew Meeting Q1 of 2009 - Theme Colourful April




Crew of the Month - March 2009











Crew of the Month - January 2009

Crew of the Month - February 2009







Hello McFamily!!!

Jumpa lagi...Sorry la semua,lama kita orang x update blog kita ini di sebabkan kesibukkan berlaku di store untuk mencapai target masing2.
Ok,nak story tentang Crew Meeting yang telah diadakan di :

Venue : McDonald's Prangin Mall,Penang Lobby A
Date : 17 th April 2009
Time : After closing lol...

Event kali ini diuruskan oleh Kelly dan Nurul..Diorg berdua ini urus semuanya la,dan "APA YG PENTING,KERJASAMA...." di antara mereka berdua ini telah memberikan impak crew meeting kali ini berjalan dengan lancar,gempak dan teratur... Good Job la!!!!!!
Ok,event ini bermula selepas semua closing di station selesai.Crew meeting dimulakan dengan ucapan pendahuluan daripada "Marshall" Nurul,selepas itu sessi pertunjukkan DVD daripada Marketing tentang promotion2 yg akan datang..
Ucapan dan penerangan daripada SM Chee Keat menyusul selepas pertunjukkan DVD.. Chee Keat telah menerangkan store target dan focus company untuk tahun ini..Selepas daripada ucapan dan penerangan daripada SM,games dll..
"Para Pemandu Sekalian kita telah sampai ke "PIT STOP"... PIT STOP adalah masa untuk MAKAN!!!! Yeahhhh!!!! Hidangan kali ini MEMANG BERBALOI,MCM2 ADA!!! Hahaha.. Terima kasih kepada MARSHALL Nurul dan Kelly kerana telah bertungkus lumus menyediakan makanan2 yg sedap!!! Tq tq tq tq!!
Ok semua,jumpa lagi!!!!!